Friday, 14 November 2014



PENGENALAN

     ‘Sape’ adalah sebuah alat muzik jenis kordofon yang dimainkan oleh masyarakat pribumi Sarawak. Alat muzik ‘sape’ ini adalah alat muzik kaum orang asli yang tinggal di pendalaman .’Sape’ mempunyai empat utas tali. Pada masa dahulu, tali-tali ‘sape’ diperbuat daripada rotan yang diraut halus. Kini, dawai-dawai halus pula digunakan sebagai tali ‘sape’ kerana lebih mudah diperolehi dan bunyinya lebih mantap. Diperbuat daripada kayu. Badan ‘sape’ berbentuk bujur dan panjang. Bahagian muka ‘sape’ rata sahaja manakala bahagian belakang sape pula ditebuk sebagai kotak bunyi. Berbentuk seperti gambus panjang bertali empat. Badannya panjang dan berbentuk hampir empat segi dan diperbuat dari kayu jokuvang.  Badan ‘sape’ biasanya dibuat daripada satu batang pokok, serta banyak alatan moden mencecah sehingga sepanjang satu meter. Dipermukaan ‘sape’ ini kebiasaannya didapati ukiran bermotif Orang Ulu di Sarawak serta diwarnakan samada merah atau hitam.
Pada awalnya ‘sape’ merupakan alat muzik yang agak terhad dengan hanya dua tali dan hanya tiga fret. Kegunaannya terhad kepada muzik bentuk tradisi bagi mencetuskan keadaan bersawai. Pada abad ini, ‘sape’ perlahan-lahan menjadi alat sosial bagi mengiringi tarian atau sebagai bentuk hiburan. Masa kini, alatan bertali tiga, empat atau lima digunakan, dengan julat lebih dari tiga ‘oktif’.
Secara teknikal, ‘sape’ merupakan alat yang agak mudah, dengan satu tali membawa melodi dan tali lain sebagai ulangan muzik. Dalam amalan, muziknya agak rumit dengan banyak variasi dan hiasan. Terdapat dua mod biasa, satu bagi tarian ngajat lelaki dan satu lagi bagi tarian wanita. Terdapat juga mod ketiga yang jarang digunakan. Muzik ‘Sape’ biasanya datang melalui mimpi dan terdapat 35 jenis tradisi dengan banyak variasi. Keseluruhan ‘spisotori’ perlahan-lahan meningkat. ‘Sape’ masih dihasilkan di Borneo, dan ciptaan moden seperti ‘sape eletrik’ adalah biasa.
Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk menginovasikan reka bentuk ‘Sape’ elektrik dan mengkaji bahan lain selain daripada kayu. Hal ini juga bertujuan untuk mengkomersialkan alat muzik ini bukan sahaja dalam negara malah di peringkat antarabangsa. Kaedah pembuatan ‘Sape’ bukan mudah kerana mengambil masa yang agak lama.Sape’ ini amat popular dimainkan bagi suku kaum Kayan dan juga Kenyah. Ianya telah digunakan dalam majlis tari-menari sebagai contohnya tarian ‘Datun Julud’ dan Ngajat.
Tekstur ‘sape’ dimainkan dengan jatung Utung. Satu ‘sape’ akan menghasilkan dron\ostinato. Manakala ‘sape’  yang kedua dan jatung utang akan memainkan melodi. Apabila begini, ia akan menjadi melodi kepada heterefonik (melodi yang sama tetapi telah menghasilkan variasi yang berbeza). Tokoh bagi alat muzik sape ini ialah Jerry Kamitt dan Tasau Padan. Sejarah tokoh ‘sape’ disarawak yang sangat dikenali adalah Tasau Padan.
  Tasau Padan merupakan seorang lelaki berketurunan kaum Kenyah. Beliau telah meninggal dunia pada 29 Ogos 1996. Beliau juga merupakan seorang pemain ‘sape’ yang terkenal di Sarawak. Beliau juga mempunyai banyak bakat. Antaranya ialah seorang penari, ‘craftsman’, pembuat instrument, pemain muzik, penari(warrior dancer) dan Carver. Selain itu, beliau juga telah dijemput untuk membuat persembahan ‘sape’, tarian etnik  bagi  Sarawak ke England dan Australia. Beliau juga dianggap warisan. Selain itu, satu badan NGO telah menubuhkan tabung dengan nama beliau. Antara lagu-lagu yang dimainkan dalam alat muzik sape adalah
Sambe Main Balon, Jempen Letoh, Kabun Kelewah dan Nau-Hu.




OBJEKTIF KAJIAN

      Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti :
      1.3.1        Mengkaji dan menganalisis alat muzik ‘sape’ yang sedia ada
      1.3.2        Menggariskan hasil analisis sebagai PDS (Spesifikasi Reka Bentuk Produk)
      1.3.3        Eksperimen bahan dan kemasan untuk alat muzik ‘sape’
      1.3.4        Mereka bentuk alat muzik ‘sape elektrik moden’
      1.3.5        Membuat prototaip berdasarkan lakaran akhir
      1.3.6        Melakukan validasi prototaip yang telah direka

            

1 comment:

  1. Hi ! nak tanya pasal alat muzik sape ni. Alat ni ada specific warna tak ? Ke warna yang selalu digunakan ke? Kalau ya, boleh terangkan ? terima kasih

    ReplyDelete