PENGENALAN
‘Sape’ adalah
sebuah alat muzik jenis kordofon yang dimainkan oleh masyarakat pribumi Sarawak. Alat muzik ‘sape’ ini adalah
alat muzik kaum orang asli yang tinggal di pendalaman .’Sape’ mempunyai empat
utas tali. Pada masa dahulu, tali-tali ‘sape’ diperbuat daripada rotan yang
diraut halus. Kini, dawai-dawai halus pula digunakan sebagai tali ‘sape’ kerana
lebih mudah diperolehi dan bunyinya lebih mantap. Diperbuat daripada kayu.
Badan ‘sape’ berbentuk bujur dan panjang. Bahagian muka ‘sape’ rata sahaja
manakala bahagian belakang sape pula ditebuk sebagai kotak bunyi. Berbentuk
seperti gambus panjang bertali empat. Badannya panjang dan berbentuk hampir
empat segi dan diperbuat dari kayu jokuvang.
Badan ‘sape’ biasanya dibuat daripada satu batang pokok, serta banyak
alatan moden mencecah sehingga sepanjang satu meter. Dipermukaan ‘sape’ ini
kebiasaannya didapati ukiran bermotif Orang
Ulu di Sarawak serta diwarnakan samada merah atau hitam.
Pada
awalnya ‘sape’ merupakan alat muzik yang agak terhad dengan hanya dua tali dan
hanya tiga fret. Kegunaannya terhad
kepada muzik bentuk tradisi bagi mencetuskan keadaan bersawai. Pada abad ini, ‘sape’
perlahan-lahan menjadi alat sosial bagi mengiringi tarian atau sebagai bentuk
hiburan. Masa kini, alatan bertali tiga, empat atau lima digunakan, dengan
julat lebih dari tiga ‘oktif’.
Secara
teknikal, ‘sape’ merupakan alat yang agak mudah, dengan satu tali membawa
melodi dan tali lain sebagai ulangan muzik. Dalam amalan, muziknya agak rumit
dengan banyak variasi dan hiasan. Terdapat dua mod biasa, satu bagi tarian
ngajat lelaki dan satu lagi bagi tarian wanita. Terdapat juga mod ketiga yang
jarang digunakan. Muzik ‘Sape’ biasanya datang melalui mimpi dan terdapat 35
jenis tradisi dengan banyak variasi. Keseluruhan ‘spisotori’ perlahan-lahan meningkat. ‘Sape’ masih dihasilkan di
Borneo, dan ciptaan moden seperti ‘sape
eletrik’ adalah biasa.
Tujuan
utama penyelidikan ini adalah untuk menginovasikan reka bentuk ‘Sape’ elektrik
dan mengkaji bahan lain selain daripada kayu. Hal ini juga bertujuan untuk
mengkomersialkan alat muzik ini bukan sahaja dalam negara malah di peringkat
antarabangsa. Kaedah pembuatan ‘Sape’ bukan
mudah kerana mengambil masa yang agak lama. ‘Sape’ ini amat popular dimainkan bagi suku kaum
Kayan dan juga Kenyah. Ianya telah digunakan dalam majlis tari-menari sebagai
contohnya tarian ‘Datun Julud’ dan Ngajat.
Tekstur ‘sape’ dimainkan dengan jatung Utung. Satu
‘sape’ akan menghasilkan dron\ostinato. Manakala ‘sape’ yang kedua dan jatung utang akan memainkan
melodi. Apabila begini, ia akan menjadi melodi kepada heterefonik (melodi yang
sama tetapi telah menghasilkan variasi yang berbeza). Tokoh bagi alat muzik sape ini ialah Jerry Kamitt dan Tasau Padan. Sejarah
tokoh ‘sape’ disarawak yang sangat dikenali adalah Tasau Padan.
Tasau Padan merupakan seorang lelaki berketurunan kaum Kenyah. Beliau telah
meninggal dunia pada 29 Ogos 1996. Beliau juga merupakan seorang pemain ‘sape’
yang terkenal di Sarawak. Beliau juga mempunyai banyak bakat. Antaranya ialah
seorang penari, ‘craftsman’, pembuat instrument, pemain muzik, penari(warrior
dancer) dan Carver. Selain itu, beliau juga telah dijemput untuk membuat
persembahan ‘sape’, tarian etnik bagi Sarawak ke England dan
Australia. Beliau juga dianggap warisan. Selain itu, satu badan NGO telah
menubuhkan tabung dengan nama beliau. Antara lagu-lagu yang dimainkan dalam
alat muzik sape adalah
Sambe Main Balon, Jempen Letoh, Kabun Kelewah dan Nau-Hu.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini ialah untuk mengenal
pasti :
1.3.1
Mengkaji dan menganalisis alat muzik
‘sape’ yang sedia ada
1.3.2
Menggariskan hasil analisis sebagai PDS
(Spesifikasi Reka Bentuk Produk)
1.3.3
Eksperimen bahan dan kemasan untuk alat
muzik ‘sape’
1.3.4
Mereka bentuk alat muzik ‘sape elektrik
moden’
1.3.5
Membuat prototaip berdasarkan lakaran
akhir
1.3.6
Melakukan validasi prototaip yang telah
direka